Pages

Wednesday, December 1, 2010

~MAMA NANA~

Assalamualaikum...

Lama nana tak tulis blog. Lebih kurang 5 bulan. Lama tuh. Dalam masa 5 bulan nie macam2 yang nana lalui. Pada bulan Julu-September nana jalani kursus untuk jadi customer service. Lepas habis kursus tu, dorang ada tawarkan kerja untuk 3 bulan dengan ASTRO TRANSFORMERS CUSTOMER SERVICE.Gaji jangan cakap ah...sumenya RM1700 ke atas. Memang best ouh. HaMpir 1 kelas terima tawaran tuh. Nana tak terima. Dorang sume tanye nape nana x nak. Bukan nana tak nak tapi nana terpaksa pilih antara dua...sama ada nak jaga mama@kerja. Mama dah banyak berkorban untuk nana. Tak salah rasanya nana ketepikan soal kerjaya terlebih dulu.

Mama nana jalani Pembedahan kanser payudara & buat payudara baru menggunakan lemak perut pada 11.10.2010 pada pukul 8 pagi dan keluar bilik pembedahan pukul 7 malam kat PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (universiti hospital). Sebelum mama masuk bilik bedah tu, nana tengok mama menangis, ayah dan akak juga menangis. Nana x nak menangis depan mama tapi air mata nie tetap mengalir. Yelah sapa tak sedih coz sehari sebelum mama bedah tu dorang cakap, kebanyakan patient yang ada kencing manis akan masuk ICU lepas pembedahan. Tapi Alhamdulillah, mama selamat menjalani pembedahan tu tanpa masuk ke ICU. Dalam masa mama dalam wad ramai gak sedara mara, sahabat handai, jiran tetangga datang melawat mama dan bagi semangat pada mama. Tapi ada sorang pakcik nana(ABANG KANDUNG MAMA) nie, die datang lansung tak tanya pasal mama. Die sik borak je ngan ayah je. Die cakap ngan ayah...RUMAH BESAR2 PUN DUDUK WAD JUGAK KAN..(kurang asam punya pakcik!!!!) Seminggu lepas tu, mama dah boleh keluar wad.

Tiba2 lepas 3 hari duk rumah, mama kena infection. Pada 25.10.2010, mama masuk wad balik. Doktor agak bising gak sebab mama tak jaga gula mama.tapi setahu nana mama langsung x makan makanan manis masa kat umah. Selera makan mama berkurang sangat2, so cam ne doktor leh tuduh mama nana tak jaga sugar. Selama 3 minggu kami "berkampung" di PPUM. Lepas seminggu mama masuk wad, doktor nak mama jalani pembedahan ke2 untuk tutup lubang bawah pusat tu. Pada 31.10.2010, jam 12.30 tgahri, mama masuk bilik bedah semula. Pembedahan tu selama 4 jam. Kesian mama. Kami hanya mampu berdoa agar mama selamat. Selepas 4 jam, mama keluar bilik bedah. Alhamdulillah mama selamat.

Doktor ada mangatakan mama akan menjalani pembedahan kali ke 3 untuk ambil kulit dari peha untuk tutup breast tu. adoiyai,,,,sakit lagi tu. Cuma dktr x bgtaw bila tapi maybe dalam bulan 12 nie.. HMMM...dorang wat mama nie cam bahan ujikaji dorang jek.Yang terseksanya mama bukan DOKTOR2 SENGAL TU!!!! Pada 13.11.2010, mama keluar wad...alhamdulillah lah sebab dapat kami beraya HAJI di rumah.hehehe!! 14.11.2010, Pak teh ngan mak teh nana datang dari kedah tok sama2 jge mama. Yang nana paling heppi bila mama pergi CONVOCATION nana walaupun mama x sihat sangat. TERIMA KASIH MAMA!!!



Mungkin lepas mama dah sembuh sepenuhnya, nana akan cari kerja. Bila nana tengok kawan2 nana kerja bagus2 & gaji dorang tinggi2, nana jelez sangat tapi nana tau jaga orang tua kita juga kita tak akan rugi apa2. Dorang dah jaga nana dari kecik sampai dah besar cam nie, apa salahnya nana korbankan kerjaya nana tu demi MAMA!

Ahkir kata dari nana, semoga mama cepat sembuh dan bekerja kembali!! Ayah,kakak & adik sentiasa doakan yang terbaik buat mama!! KAMI SAYANG MAMA!!!!! muuuaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

1 comment:

  1. t'hebat la nana..family ttap yg p'tama n most important..smga mama nana cepat sembuh n congrats nana utk graduation day 2!!mga sukses slalu=)

    ReplyDelete