Pages

Wednesday, June 30, 2010

Cinta Seorang Lelaki...

Assalamualaikum..

Semalam nana pergi ke MENARA TA di KL untuk briefing tentang JOBCAMP. Nana memang tak tau di mana tempatnya. Mujurlah "si dia" mencari terlebih dulu di mana MENARA TA pada hari ahad lepas & sanggup ambil cuti untuk teman nana pergi ke MENARA TA & UNISEL. So..tak ada lah tergopoh gapah mancarinya semalam. Nana hargai apa yang dia sanggup wat pada nana. Selama nie nana selalu berkasar dengan dia, marah dia..tapi dia tetap bersabar dengan kerenah nana.Kalo lelaki lain compom dah diucap SELAMAT TINGGAL.. Memang sukar untuk nana percaya pada lelaki apabila banyak kali dikecewakan. So disini nana nak share tentang cinta seorang lelaki....


Buat kaum Adam...
jika benar anda menyintai seorang wanita, lihatlah sama ada apa yang tertulis dibawah ini sama seperti apa yang anda alami dalam melayari dunia percintaan.

Bagi kaum Hawa pula...
hargailah mereka... kerana kita tidak akan tahu bila mereka akan pergi dari sisi kita. Bercinta ini banyak dugaan dan halangan yang akan datang tanpa diundang.

Semoga anda bijak memilih di antara permata dan kaca.

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas
perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yg dianggap keras selama ini
tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya

Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai.
Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya
melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan Pemimpinnya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya
dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

3 comments:

  1. betol 2..
    aq sgt beruntung dan bertuah mndpt perangai lelki sprti yg dilistkn... waahhh

    ReplyDelete
  2. btol nana...susah nk cr lelaki yg betol2 syg kat kita yg sanggup wat mcm2 utk kita..bila dah dpt..rasa bahagia sgt2

    ReplyDelete
  3. salam,nice blog,sy folo awk, sudi2lah kiranya.. =)

    ReplyDelete