Pages

Wednesday, December 1, 2010

~MAMA NANA~

Assalamualaikum...

Lama nana tak tulis blog. Lebih kurang 5 bulan. Lama tuh. Dalam masa 5 bulan nie macam2 yang nana lalui. Pada bulan Julu-September nana jalani kursus untuk jadi customer service. Lepas habis kursus tu, dorang ada tawarkan kerja untuk 3 bulan dengan ASTRO TRANSFORMERS CUSTOMER SERVICE.Gaji jangan cakap ah...sumenya RM1700 ke atas. Memang best ouh. HaMpir 1 kelas terima tawaran tuh. Nana tak terima. Dorang sume tanye nape nana x nak. Bukan nana tak nak tapi nana terpaksa pilih antara dua...sama ada nak jaga mama@kerja. Mama dah banyak berkorban untuk nana. Tak salah rasanya nana ketepikan soal kerjaya terlebih dulu.

Mama nana jalani Pembedahan kanser payudara & buat payudara baru menggunakan lemak perut pada 11.10.2010 pada pukul 8 pagi dan keluar bilik pembedahan pukul 7 malam kat PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (universiti hospital). Sebelum mama masuk bilik bedah tu, nana tengok mama menangis, ayah dan akak juga menangis. Nana x nak menangis depan mama tapi air mata nie tetap mengalir. Yelah sapa tak sedih coz sehari sebelum mama bedah tu dorang cakap, kebanyakan patient yang ada kencing manis akan masuk ICU lepas pembedahan. Tapi Alhamdulillah, mama selamat menjalani pembedahan tu tanpa masuk ke ICU. Dalam masa mama dalam wad ramai gak sedara mara, sahabat handai, jiran tetangga datang melawat mama dan bagi semangat pada mama. Tapi ada sorang pakcik nana(ABANG KANDUNG MAMA) nie, die datang lansung tak tanya pasal mama. Die sik borak je ngan ayah je. Die cakap ngan ayah...RUMAH BESAR2 PUN DUDUK WAD JUGAK KAN..(kurang asam punya pakcik!!!!) Seminggu lepas tu, mama dah boleh keluar wad.

Tiba2 lepas 3 hari duk rumah, mama kena infection. Pada 25.10.2010, mama masuk wad balik. Doktor agak bising gak sebab mama tak jaga gula mama.tapi setahu nana mama langsung x makan makanan manis masa kat umah. Selera makan mama berkurang sangat2, so cam ne doktor leh tuduh mama nana tak jaga sugar. Selama 3 minggu kami "berkampung" di PPUM. Lepas seminggu mama masuk wad, doktor nak mama jalani pembedahan ke2 untuk tutup lubang bawah pusat tu. Pada 31.10.2010, jam 12.30 tgahri, mama masuk bilik bedah semula. Pembedahan tu selama 4 jam. Kesian mama. Kami hanya mampu berdoa agar mama selamat. Selepas 4 jam, mama keluar bilik bedah. Alhamdulillah mama selamat.

Doktor ada mangatakan mama akan menjalani pembedahan kali ke 3 untuk ambil kulit dari peha untuk tutup breast tu. adoiyai,,,,sakit lagi tu. Cuma dktr x bgtaw bila tapi maybe dalam bulan 12 nie.. HMMM...dorang wat mama nie cam bahan ujikaji dorang jek.Yang terseksanya mama bukan DOKTOR2 SENGAL TU!!!! Pada 13.11.2010, mama keluar wad...alhamdulillah lah sebab dapat kami beraya HAJI di rumah.hehehe!! 14.11.2010, Pak teh ngan mak teh nana datang dari kedah tok sama2 jge mama. Yang nana paling heppi bila mama pergi CONVOCATION nana walaupun mama x sihat sangat. TERIMA KASIH MAMA!!!



Mungkin lepas mama dah sembuh sepenuhnya, nana akan cari kerja. Bila nana tengok kawan2 nana kerja bagus2 & gaji dorang tinggi2, nana jelez sangat tapi nana tau jaga orang tua kita juga kita tak akan rugi apa2. Dorang dah jaga nana dari kecik sampai dah besar cam nie, apa salahnya nana korbankan kerjaya nana tu demi MAMA!

Ahkir kata dari nana, semoga mama cepat sembuh dan bekerja kembali!! Ayah,kakak & adik sentiasa doakan yang terbaik buat mama!! KAMI SAYANG MAMA!!!!! muuuaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!

Wednesday, June 30, 2010

Cinta Seorang Lelaki...

Assalamualaikum..

Semalam nana pergi ke MENARA TA di KL untuk briefing tentang JOBCAMP. Nana memang tak tau di mana tempatnya. Mujurlah "si dia" mencari terlebih dulu di mana MENARA TA pada hari ahad lepas & sanggup ambil cuti untuk teman nana pergi ke MENARA TA & UNISEL. So..tak ada lah tergopoh gapah mancarinya semalam. Nana hargai apa yang dia sanggup wat pada nana. Selama nie nana selalu berkasar dengan dia, marah dia..tapi dia tetap bersabar dengan kerenah nana.Kalo lelaki lain compom dah diucap SELAMAT TINGGAL.. Memang sukar untuk nana percaya pada lelaki apabila banyak kali dikecewakan. So disini nana nak share tentang cinta seorang lelaki....


Buat kaum Adam...
jika benar anda menyintai seorang wanita, lihatlah sama ada apa yang tertulis dibawah ini sama seperti apa yang anda alami dalam melayari dunia percintaan.

Bagi kaum Hawa pula...
hargailah mereka... kerana kita tidak akan tahu bila mereka akan pergi dari sisi kita. Bercinta ini banyak dugaan dan halangan yang akan datang tanpa diundang.

Semoga anda bijak memilih di antara permata dan kaca.

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas
perubahan sikapnya amat mengejutkan.
Hati lelaki yg dianggap keras selama ini
tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas
apabila sudah jatuh cinta dgn relanya

Bahkan lelaki yg mabuk cinta
sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya
dilukai.
Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.


Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya
melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan Pemimpinnya
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya
Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya
dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

Wednesday, June 23, 2010

~REUNION 20.06.2010~


SALAM...

Hari ini nana maw kongsi cite pasal reunion skola masa ari ahad ari tu.. Reunion tu di buat di KFC SETIA ALAM. Pada mulanya nana memang dah give up sebab nana kena handle sorang dan ramai tarik diri x nak pergi last2 minute. Perasaan marah, begang, sedih, benci semua ada tapi bila kita banyak2 kan bersabar, pasti akan hasilnya.


Bila tiba harinya, sambutannya memang menyedihkan. Sebab dalam event di facebook lebih kurang 15 orang akan hadir tapi hanya 9 orang je hadir. Sedih sesangat. Tapi nana bersyukur sangat sebab walaupun x ramai, majlis tu tetap meriah. Paling best bila benda yang kami x rancang boleh jadi time2...iaitu KARAOKE!! hahahaha...memang best loh. Tu semua berkat bila kita bekerjasama... :)

Kepada yang hadir seperti LIANA, NORA, HIDAYAH, INTAN HANIZAM, SAIFUL NIZAM, SHUKUR & AMIR...terima kasih banyak2 dari nana. Korang memang BEST!! SAYANG KORANG SANGAT2.. Semoga majlis reunion berbuka puasa bersama2 yang akan datang, kita dapat berjumpa lagi. LOVE U OLL....


Tuesday, June 22, 2010

PerMulaaN

Nie lah permulaan blog nana... Kalau ada yang x betul tolong tunjuk kan... Banyak yang nana kena belajar macam mana maw edit blog... Mereka kata kena pandai main dengan coding.. HAHA.. Lemah betul bab-bab coding nie.. ^-^ Harap sangat korang leh tunjuk ajar nana~~~
SALAM PERKENALAN~~~~~